Advertisment

SEARCH BLINK

SEARCH YOUR FAVORITE PERFUME HERE CARI WANGIAN ANDA SINI

SEARCH BAR

All About Perfume


Reject Perfume
  • There is no official statement from any manufacture or authorized dealer about the existence of such product on market. It is wise to avoid buying or using these kind of product. Most likely it is a fake.
  • Tiada kenyataan rasmi daripada mana mana pengeluar atau pengedar berdaftar tentang kewujudan produk sedemikian. Adalah dinasihatkan untuk mengelak dari membeli atau menggunakan produk sebegini. Ia berkemungkinan produk tiruan.
Haram?  
  • Please follow link for clearer picture on Muslims wearing perfume.  CLICK HERE
  • Untuk mendapatkan gambaran tentang hukum memakai minyak wangi, sila klik pautan berikut.  KLIK SINI 


Miniature
  • It is the same as what normal size perfume are. Only came in a smaller bottle normally contain 3-15ml of perfume inside.
  • Sama seperti apa yang terdapat pada minyak wangi biasa. Ia cuma didatangkan dalam botol kecil yang mengandungi 3-5ml kandungan minyak wangi.
Vials 
  • It is the same as what normal size perfume are. The only difference is, it came in vial and normally contain 1-2ml of perfume. Normally used by the manufacture during promotional or introduction period.
  • Ia adalah sama seperti minyak wangi normal. Perbezaannya adalah ia datang dalam bebuli yang mengandungi 1-2ml minyak wangi. Selalunya digunakan oleh pengeluar atau ejen berdaftar pada masa pelancaran atau promosi produk.
Retail
  • What are selling at authorized dealer shop or counter.
  • Apa yang dijual di kaunter atau kedai pengedar berdaftar.
Tester
  • Contain the same perfume as retail version. Only came without fancy box. Sometime also came without bottle cap. Normally will bare a 'TESTER' and 'NOT FOR SALE' label on bottle and box. Used at counter or shop for fragrance testing by customer.
  • Mengandungi kandungan yang sama seperti versi asal. Cuma didatangkan tanpa kotak yang sama seperti barangan asal dan kadangkala juga tanpa penutup botol. Selalunya label 'TESTER' dan 'NOT FOR SALE' dilekat atau dicetak pada botol dan kotak. Untuk kegunaan pelanggan sebagai sampel bau di kedai atau kaunter.
 Pour Homme
  • "Pour Homme" is French for "For Men." They signify that the fragrance was created for men, not for women.
  • "Pour Homme" adalah perkataan Perancis yang bermaksud "Untuk Lelaki". Ini menunjukkan bahawa wangian tersebut dihasilkan untuk lelaki bukan untuk wanita.
 Pour Femme
  • "Pour Femme" is French for "For Women." They signify that the fragrance was created for women, not for men.
  • "Pour Femme" adalah perkataan Perancis yang bermaksud "Untuk Wanita". Ini menunjukkan bahawa wangian tersebut dihasilkan untuk wanita bukan untuk lelaki.


EdP
  • Eau de Parfume, contain 10-20% (typical ~15%) aromatic compounds. Sometimes listed as "eau de perfume" or "millésime".
  • Eau de Parfume, menganungi 10-20%(tipikal~15%) kompaun pewangi. Juga dikenali sebagai "eau de perfume" atau "millésime".

EdT
  • Eau de Toilette, contain 5-15% (typical ~10%) aromatic compounds.
  • Eau de Toilette, mengandungi 5-15%(tipikal ~10%) kompaun pewangi.
EdC
  • Eau de Cologne, Citrus type perfumes with about 2–6% aromatic compounds.
  • Eau de Cologne, sejenis pewangi sitrus dengan kandungan 2-6% kompaun pewangi. 


KENALI 'PERFUME' ORIGINAL

Berikut antara 'Tips' atau tanda mengenali perfume yang asli:

Kotak
Semua minyak wangi (perfume) yang asli mesti mempunyai kotak yang menyatakan tempat minyak wangi dihasilkan dan kandungan minyak wangi tersebut. Semak semua ejaan, tempat pengeluaran (made in) dan maklumat pada kotak dengan laman web rasmi pengeluar.

Batch Number
Periksa 'batch number' pada kedua-dua botol dan kotak. Ia mesti sepadan. 'Batch number' biasa akan dicetak mengunakan cetakan laser atau pun 'embossing stamp' pada kotak. Ia tidak sama dengan cetakan lain pada kotak minyak wangi tersebut. Pada bahagian botol, pengeluar akan melekatkan nombor yang sama menggunakan pelekat yg dicetak khas. Sesetengah pengeluar akan melakukan cetakan laser pada botol.

Balutan Kotak
98% pengeluar minyak wangi membalut kotak mereka menggunakan plastik cellophane. Periksa cara balutan. Balutan mestilah kemas dan kesan gam pada balutan adalah minima atau hampir tak kelihatan.

Bau
Jangka hayat minyak wangi bergantung pada kesesuaian reaksi badan pengguna. Boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 jam, bergantung pada keadaan cuaca, suhu dan keserasian pengguna ianya boleh bertahan sehigga 7-8 jam. Ia mempunyai tiga tahap iaitu 'top notes', 'middle notes' dan 'base notes'. Bau minyak wangi adalah belainan pada permulaan semburan dan apabila ia mula bertindak balas dengan kulit pengguna. Biasanya perbezaan boleh dikesan selepas 2 minit.

Kualiti Botol
Pengeluar terkenal minyak wangi akan menjaga kualiti produk mereka. Botol mestilah dari kaca yang berkualiti. Pembuatan botol adalah sempuna tanpa kesan pudar atau kecacatan yg nyata dengan penutup botol yg tidak longgar walau dibuka berkali-kali. Sesetengah pengeluar menggunakan 'magnetic cap' untuk produk mereka.

'Tester Perfume'
Mempunya ciri perfume seperti di atas.
- Didatangkan dalam kotak tester. Biasanya berwarna putih atau coklat.
- Tidak dibalut dengan plastik cellophane.
- Mempunyai cetakan atau pelekat TESTER dan NOT FOR SALE pada botol dan kotak.

'ORIGINAL REJECT PERFUME'
INI ADALAH BARANG TIRUAN. Pengeluar minyak wangi tidak pernah mengeluarkan produk mereka yang mempunyai kecacatan untuk menjaga reputasi mereka. Produk yg tidak menepati piawaian akan dimusnahkan atau dibuat semula. Jika diperhatikan, produk ORIGINAL REJECT ini hanya boleh didapati di Malaysia, Indonesia atau Thailand sahaja. Adakah hanya produk berjenama terkenal sahaja mempunyai reject? Mengapa produk kurang terkenal seperti Das****, Br**, Encha*** dan sebagainya tidak mempunyai reject? Paling menghairankan, 'ORIGINAL REJECT' ni hanya bersaize besar. Tidak pula terdapat saiz kecil (2ml, 5ml, 15ml 30ml, 40ml......) 'ORIGINAL REJECT'. Apakah saiz kecil tiada yg reject atau defect seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak itu?

Bahaya Barangan Tiruan
Memakai barangan tiruan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan tidak dijamin selamat. Ia mungkin mendatangkan masalah kesihatan jika digunakan. Semua minyak wangi yang tulen telah mendapat pengitirafan bahawa ianya selamat untuk digunakan.